28 Mei 2010
Usaha tangga Kejayaan
24 Mei 2010
MEMBACA JAMBATAN ILMU
13 Mei 2010
UCAPAN SELAMAT HARI IBU OLEH ADAM
10 Mei 2010
Ucapan untuk Ibu oleh Zaid
Ibu,kaulah satu dalam seribu
menjadi pengibur hatiku yang pilu.
Ibu,makan minumku kau sediakan
pakaian ku juga.
dan sentiasa membelaiku dengan
manja mengulit tidurku agar lena.
ibu..tanpamu di sisiku siapalah aku?
Ibu..kasihku padamu akan kekal abadi
sentiasa terpahat di sanubari
hingga ke akhir hayat ini
Ibu..ku sangat menyayangimu
Kaulah ratu hatiku...
Selamat hari Ibu
Kad ucapan sempena Hari Ibu dari kakak dan adik.Ia dicipta di tadika Ar-Raudhah dengan bimbingan gurunya .Terima kasih.. semoga menjadi anak yang soleh dan solehah..
Jadilah seperti Saidatina Fatimah yang sabar dan tabah..juga jadilah seperti Saidatina Aisyah yang berilmu dsn dimenfaatkan untuk seluruh alam..
09 Mei 2010
Kakak Yang Aktif
08 Mei 2010
KISAH ADAM HILANG DI PBAKL 2010
Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) meninggalkan sesuatu yang tidak mungkin aku dan isteri lupakan sepanjang hayat kami. Tarikh 20 Mac 2010 kami bertolak dari Kuala Selangor kira-kira jam 11 pagi dengan ghairah yang membara untuk melihat buku terbaruku seperti yang dijanjikan Utusan Publications. Kami sampai ketika suasana begitu meriah dengan ramai pengunjung berlegar dan memenuhi PWTC.
Tiga empat kali menghubungi wakil Utusan, akhirnya bertemu juga dengan gerai Utusan. Sebal, keciwa dan terluka bila dimaklumkan buku terbaru (Pendidikan Khas) masih belum siap dicetak. Memujuk perasaan yang jengkel, kami akhirnya berputar-putar cuba mencari buku-buku yang boleh dijadikan koleksi. Sebelum itu membelek-belek juga novel RENGSA yang teratur di rak jualan.
Setelah membeli beberapa buku kami bergerak ke gerai DBP. Melihat novel-novel lama dijual dengan harga serendah RM3 sahaja. Tiba-tiba isteri yang sebelum ini mendahului saya, bertanya "Adam ada!" Pertanyaan itu berbaur resah dengan wajah cemas. Aku menggelengkan kepala.
Adam hilang dari kami. Akhirnya hampir satu jam kami dibelit resah, bimbang dan pelbagai rasa. Aku memanjat tangga memandang ke kawasan seluas yang dapat namun kelibat Adam tidak kelihatan. Putera kedua berusia lapan tahun. Teringat keletahnya. Apakah Allah hanya meminjamkan Adam seketika sahaja untuk kami. Aku berdoa dalam hati "Ya! Allah jika benar setakat ini sahaja Adam akan bersama kami, KAU ambillah. Sekiranya benar KAU masih mengizinkan dia bersama kami, pulangkanlah Ya! Allah." Lima belas minit selepas itu terdengar pengumuman "Sesiapa yang kehilangan anak bernama........"
Aku bergegas ke sana. Adam menyapu airmata. Aku bersyukur dan memuji Allah. KAU yang memberi!, KAU yang mengambil! KAU yang memulangkannya.
Kami pulang ke Segamat petang itu dengan pelbagai rasa dan kenangan yang tidak mungkin dilupakan.
03 Mei 2010
Zaid dibedah
KASIH SAYANG PERBUKITAN BANGI
Sepanjang itu kami melalui pelbagai dugaan dan ujian. Setelah bertahun melewati dunia perkasihan meski jarak memisahkan kami namun kasih sayang tidak pernah surut. Sehabis pengajian aku pulang ke Kuala Selangor dan suami pula pulang ke Segamat dan mengajar di sana. Aku ketika itu belum mengajar lagi. Akhirnya pada 11 September 1999 kami selamat dijabqabulkan.
Kini kami merentasi kebahagiaan dengan dikurniakan empat orang cahaya mata. Pejam celik sudah lebih 10 tahun kami hidup bersama. Bersyukur kepadaMU ya Allah! atas segala kebahagiaan rumah tangga yang ENGKAU kurniakan kepada kami