15 November 2010

Mengorak Langkah

Hari itu tepat pukul 8.00 pagi ,kami sekeluarga bergerak meninggalkan rumah. Destinasi kami ialah Dewan SMK Gemereh untuk menghadiri program Graduan Kecil Abim Anak 6 Tahun.Kakak kemas berpakaian serba kuning , seragam dengan kawan-kawannya yang lain.

Kami sempat bersarapan dan menu juadah kami ialah roti canai. Hampir pukul 8.45 majlis akan bermula. Ku lihat kakak telah berada di atas pentas bersama rakannya yang lain bersedia untuk menyanyikan asmaul husna sebagai pembuka majlis . Beberapa ucapan disampaikan yang sarat dengan mesej dan harapan ABIM meneruskan program dan aktivitinya di masa akan datang.

Sijil disampaikan satu persatu kepada semua graduan kecil yang siap beratur di sisi dewan, sopan mengikut tunjuk ajar guru-guru. Diselangi pula penyampaian hadiah kecemerlangan kepada pelajar terpilih dan cemerlang akademiknya. Abahnya sebagai Pengerusi BAKA turut naik ke pentas menerima cenderahati penghargaan dari taski.

Sedikit kecewa apabila kakak tidak termasuk senarai itu. Barangkali usahaku masih kurang dan tidak mencukupi untuk melihat kakak beroleh kejayaan. Kakak mendapatkanku dan aku tetap mengucapkan tahniah kepadanya memberi semangat.

Aku tidak terbawa-bawa mengikut perasaan melihatkan senarai nama pelajar cemerlang yang sebahagiannya anak rakan-rakanku. Hari yang bertuah menyebelahi mereka dan tahniah diucapkan.Sedikit perasaan membandingkan kakak dengan anak mereka tidaklah berlarutan.
Mungkin ini permulaan buat kakak untuk memulakan langkah yang seterusnya.




Ya Allah berikanku kekuatan membimbing amanah dan anugerahMu ini ya Allah.
Bimbinglah kami agar tetap berada di jalan-Mu
untuk meraih kejayaan yang Engkau redhai
di dunia dan akhirat. Amienn...



14 November 2010

2 DALAM 1


Sudah lama blog ini terbiar. Tetapi itu bukan bermakna tiada aktiviti keluarga yang boleh dikongsikan di sini. Cuma banyak ditumpukan pada blog individu. Namun saya cuba senaraikan beberapa perkara yang telah dilalui bersama sepanjang september dan oktober ini ....

September : Aidilfitri

Seperti biasa setiap tahun kami akan beraya di Kpg Bt. Anam. Ini adalah tradisi kami memandangkan ia sebenarnyalebih memudahkan. Memandangkan kampung Ummi nun jauh di Kuala Selangor, maka kami tidak perlu berulang alik supaya dapat beraya di kedua-dua tempat ini . Alhamdulillah di pagi raya kami sekeluarga bersama dapat menunaikan ibadat sunat sembahyang raya di surau.


Oktober : Kucing peliharaan kami

Pada bulan ogos kami telah didatangi seekor kucing betina yang sedang bunting pula. Zaid , Adam, Zun dan Zureen bersetuju sepakat unuk membelanya dan menamakan kucing tersebut dengan nama Belang . Pada awal puasa Belang selamat melahirkan 4 ekor anaknya yang sangat comel . Kami berempat memilih kucing masing-masing seorang satu.

3 bulan kemudian kemudian kucing kakak (Zun) dijangkiti bisul di belakang badannya menyebabkan ia menjadi berlubang. Bisul itu akhirnya pecah . Kami yang tiada pengalaman , lewat pula menghantarnya ke klinik, berbagai cara cuba mengeluarkan ulat yang sudah terlalu banyak di dalam badannya. namun tidak berhasil . Tengah malam itu abah mengatakan kucing tersebut telah mati . Keesokan paginya abah menanamnya. Sebak dan sedih juga dengan kehilangannya walau hanya beberapa bulan sahaja ia bersama kami!!

05 Julai 2010

Selamat Hari Ulangtahun Umi


Lukisan di atas adalah hasil karya Kakak.Sebenarnya keempat-empat mereka nih suka sangat melukis..kertas A4 ibunyalah jadi mangsa...kemudian kertas dan pensil warna akan bertaburan di sana sini. Ibunya yang akan kutip dan kumpul semula.....jika salah seorang dari mereka jadi pelukis terkenal , berbaloi juga...

30 Jun 2010

Selamat Hari Bapa



Lukisan ini dari Adam....yang lain tak beri apa-apa sempena hari bapa nih...mungkin mereka tak de idea...walau apa pun...lukisan Adam ni kiranya wakil untuk yang lain-lain juga...terima kasih Adam....Siap aje lukis...dia terus suruh kami masukkan dlm blog keluarga...layanlah juga...harap dah besar nanti mereka pula sambung tulis dalam blog nih...

06 Jun 2010

Kem Kepimpinan

Zaid telah menyertai kem kepimpinan anjuran sekolahnya selama 2 hari 1 malam di Kem Kersani ..Di akhir program tersebut semua peserta termasuk Zaid dikehendakki membuat akur janji untuk menunaikan solat 5 waktu dan taat kedua ibu bapa. zaid menangis ketika memberikan salam dan ciuman kepada kami ( ibu bapa dijemput hadir di akhir program tersebut) sambil menunjukkan sekeping kertas yang tercatat janji-janjinya selepas pulang ke rumah nanti...Alhamdulillah nampak sedikit perubahan sikapnya selepas menyertai kem tersebut. Apa lagi yang penting dan utama malah lebih berharga dari memiliki anak yang soleh..

04 Jun 2010

Selamat Ulangtahun Kelahiran Adik ke 5


Selamat hari lahir Adik....semoga menjadi anak yang solehah untuk Abah dan Umi.....

28 Mei 2010

Usaha tangga Kejayaan

Kakak sewaktu persembahan nasyid di Taskinya...Di hari tersebut kakak menyertai pertandingan Ayat Hafazan dan mendapat tempat ketiga.Ayat Hafazan tersebut dari surah Al-Baqarah ayat 285 .Tahniah kak....teruskan kecemerlangan.Semoga cita-cita kakak untuk menjadi doktor tercapai...kami sentiasa berada di belakang kakak.

24 Mei 2010

MEMBACA JAMBATAN ILMU



Hari ini sewaktu perhimpunan rasmi sekolahnya, Adam telah dipanggil ke pentas untuk menerima anugerah Sijil Kecemerlangan " Peminjam Buku Terbanyak " untuk bulan Januari hingga April 2010.Tahniah Adam...teruskan amalan membaca ( nak ikut jejak ayahnya kot )
Alhamdulillah...

13 Mei 2010

UCAPAN SELAMAT HARI IBU OLEH ADAM



Maafkan saya ibu ..
Saya dah banyak buat perkara jahat
Maafkan saya ibu

Semoga ibu panjang umur
Selamat Hari Ibu
I love mother..

10 Mei 2010

Ucapan untuk Ibu oleh Zaid




Ibu,kaulah satu dalam seribu
menjadi pengibur hatiku yang pilu.

Ibu,makan minumku kau sediakan
pakaian ku juga.

dan sentiasa membelaiku dengan
manja mengulit tidurku agar lena.

ibu..tanpamu di sisiku siapalah aku?
Ibu..kasihku padamu akan kekal abadi
sentiasa terpahat di sanubari
hingga ke akhir hayat ini

Ibu..ku sangat menyayangimu
Kaulah ratu hatiku...

Selamat hari Ibu





Kad ucapan sempena Hari Ibu dari kakak dan adik.Ia dicipta di tadika Ar-Raudhah dengan bimbingan gurunya .Terima kasih.. semoga menjadi anak yang soleh dan solehah..
Jadilah seperti Saidatina Fatimah yang sabar dan tabah..juga jadilah seperti Saidatina Aisyah yang berilmu dsn dimenfaatkan untuk seluruh alam..

09 Mei 2010

Kakak Yang Aktif


Kakak di hari Sukan Tahunan Ar-Raudhah . Kakak memenangi naib johon dalam pertandingan lari bergandingan....tahniah kak...

08 Mei 2010

KISAH ADAM HILANG DI PBAKL 2010

Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) meninggalkan sesuatu yang tidak mungkin aku dan isteri lupakan sepanjang hayat kami. Tarikh 20 Mac 2010 kami bertolak dari Kuala Selangor kira-kira jam 11 pagi dengan ghairah yang membara untuk melihat buku terbaruku seperti yang dijanjikan Utusan Publications. Kami sampai ketika suasana begitu meriah dengan ramai pengunjung berlegar dan memenuhi PWTC.

Tiga empat kali menghubungi wakil Utusan, akhirnya bertemu juga dengan gerai Utusan. Sebal, keciwa dan terluka bila dimaklumkan buku terbaru (Pendidikan Khas) masih belum siap dicetak. Memujuk perasaan yang jengkel, kami akhirnya berputar-putar cuba mencari buku-buku yang boleh dijadikan koleksi. Sebelum itu membelek-belek juga novel RENGSA yang teratur di rak jualan.

Setelah membeli beberapa buku kami bergerak ke gerai DBP. Melihat novel-novel lama dijual dengan harga serendah RM3 sahaja. Tiba-tiba isteri yang sebelum ini mendahului saya, bertanya "Adam ada!" Pertanyaan itu berbaur resah dengan wajah cemas. Aku menggelengkan kepala.

Adam hilang dari kami. Akhirnya hampir satu jam kami dibelit resah, bimbang dan pelbagai rasa. Aku memanjat tangga memandang ke kawasan seluas yang dapat namun kelibat Adam tidak kelihatan. Putera kedua berusia lapan tahun. Teringat keletahnya. Apakah Allah hanya meminjamkan Adam seketika sahaja untuk kami. Aku berdoa dalam hati "Ya! Allah jika benar setakat ini sahaja Adam akan bersama kami, KAU ambillah. Sekiranya benar KAU masih mengizinkan dia bersama kami, pulangkanlah Ya! Allah." Lima belas minit selepas itu terdengar pengumuman "Sesiapa yang kehilangan anak bernama........"

Aku bergegas ke sana. Adam menyapu airmata. Aku bersyukur dan memuji Allah. KAU yang memberi!, KAU yang mengambil! KAU yang memulangkannya.

Kami pulang ke Segamat petang itu dengan pelbagai rasa dan kenangan yang tidak mungkin dilupakan.

03 Mei 2010

Zaid dibedah















Pada tahun lepas,kami sekeluarga diuji apabila zaid jatuh di sekolah dan menyebabkan patah tangan kirinya sehingga terpaksa dilakukan pembedahan di hospital Segamat. Zaid dan aku menaiki ambulans dari poliklinik di jalan Muar .Inilah kali pertama aku naik ambulans.Zaid dikehendaki berpuasa petang itu kerana menurut doktor keesokan paginya anakku akan dimasukkan ke bilik pembedahan .Pagi esoknya di luar bilik bedah ,setelah Zaid dibius dan sementara menunggu pakar masuk, Zaid mula menangis .Aku menahan air mataku dan memberi zaid kata-kata semangat.Walaubagaimanapun tanpa disedari aku juga menangis tidak dapat ditahan lagi.lebih-lebih lagi Zaid kata dia takut.Mujurlah ramai pembantu doktor meredakan ketakutan yang dirasai anakku.Sejam berada dalam bilik bedah,akhirnya aku dibenarkan masuk..perkataan awal yang diucapkan zaid ialah .."dah ke?" . Aku tersenyum....peristiwa yang tak dapat dilupakan...

KASIH SAYANG PERBUKITAN BANGI

Dunia perkasihan kami bermula di perbukitan Bangi. Pertemuan tidak sengaja di dalam kereta Kak Som (rakan serumah isteri dan rakan sekuliah suami). Aku menuntut dalam Pengajian Islam dan suamiku dalam bidang Pendidikan Khas. Entah pandangan pertama yang memberikan seribu makna dan takdir Allah mencantumkan kasih sayang kami hingga ke jinjang pelamin.
Sepanjang itu kami melalui pelbagai dugaan dan ujian. Setelah bertahun melewati dunia perkasihan meski jarak memisahkan kami namun kasih sayang tidak pernah surut. Sehabis pengajian aku pulang ke Kuala Selangor dan suami pula pulang ke Segamat dan mengajar di sana. Aku ketika itu belum mengajar lagi. Akhirnya pada 11 September 1999 kami selamat dijabqabulkan.
Kini kami merentasi kebahagiaan dengan dikurniakan empat orang cahaya mata. Pejam celik sudah lebih 10 tahun kami hidup bersama. Bersyukur kepadaMU ya Allah! atas segala kebahagiaan rumah tangga yang ENGKAU kurniakan kepada kami

21 Februari 2010

Sambutan Hari Lahir Kakak


Selamat Hari Lahir Kakak...
Semoga menjadi anak yang solehah
Untuk Umi dan Abah

Jadi seperti Khadijah r.a
Tabah dan cekal
mengharungi rintangan

Jadi seperti Aisyah
Berilmu dan penyuluh
hidup manusia......
Related Posts with Thumbnails